"Akan kuatkah kaki yang melangkah, bila disapa duri yang menanti. Akan kaburkah mata yang menatap, pada debu yang pasti kan hinggap. Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" - Sesuci Sekeping Hati

Khamis, 23 September 2010

Epilog Syurga Cinta : Tiga Jenis Jodoh

Kata2 atuk kepada Irham, Syuhada, Riyan & Xerra......

Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaitan. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya mengandung. Baru kamu menikah.

Yang keduanya, jodoh dari Jin. Kamu berdua berkenalan. Kamu sukakan dia, tapi dia tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar dia suka kepada kamu. Dan kamu berdua menikah.

Dan yang ketiganya, jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu. Kamu terus meminang dia dan dia terima pinangan kamu. Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan