"Akan kuatkah kaki yang melangkah, bila disapa duri yang menanti. Akan kaburkah mata yang menatap, pada debu yang pasti kan hinggap. Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" - Sesuci Sekeping Hati

Khamis, 19 Oktober 2017

Tempoh yang panjang......

Sudah terlalu lama aku tinggalkan blog ini... dan malam ini hati terdetik untuk kembali di sini. Aku tinggalkan untuk tempoh yg panjang... tulisan terakhirku bertarikh 13 Jun 2014. Hampir 3 tahun aku tinggalkan...
Aku masih ada.. alhamdulillah, masih bernafas lagi. Ke mana aku menghilang? Aku tidak ke mana2 pun. Cuma sibuk dengan dunia realiti...hingga terlupa menjengah blog yg makin usang ini...dan, skrg aku terkial2 kembali mengguna blog ini...
Minggu ni.. cuti yg panjang.. tp, aku tidak keluar pun dr pulau ini.. kenapa?... sbb sepanjng minggu ni hujan lebat.. angin kencang.. bukan hanya di pulau kecil ini, tp sampai ke tanah besar seberang sana. Jadi, nikmati sj percutian ini di rumah sendiri sepuas hati..
Hari ini hari istimewa aku... bertambah lagi umur.. terima kasih pd rakan2 yg tak henti2 mendoakan aku.. baik di fb..whatsapp..telegram.. terima kasih semua.. i luv u.. namun aku masih menunggu dr seseorang.. entahlah dia ingatkan aku atau tidak... hmmm, sebenarnya sdh jarang aku contact dia.. Aku jd malas sms.. malas whatsapp.. malas fb.. sbb smuanya jarang di balas.. aku pernah positifkan diri mgkin dia sibuk sampai tak terbalas.. tp, klau sekali.. dua kali.. aku boleh terima.. ini dah berkali2 pun masih tak berbalas.. jd, faham2 sendiri... cuma, aku masih harap dia akan wish birthday aku hari ni.. i miss u...
Apa berlaku pada aku dlm tempoh 2..3 tahun ni.. aku masih lg single... dan aku hadiahkan diri sendiri AXIA... 3 minggu sebelum hari jadi aku... knapa Axia? Kononnya jimat.. dgn harga petrol yg selalu sja naik dan jarang sgt nak turun, mgkin Axia ni pilihan yg tepat... dan, aku masih lg setia di tempat kerja lamaku... masih setia berbakti di tempat yg pernah aku menimba ilmu dahulu... selagi khidmatku masih diperlukan di sini, selagi itu aku akan kekal berada di sini...

Terima kasih utk mereka yg sudi menjengah masuk ke blog ini sama ada secara sengaja atau tak sengaja.. tiada apa yg menarik..blog ini hanya sekadar tempat luahan perasaan sahaja... 

Jumpa lagi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan