sms yg diterima itu sungguh menyenangkan hati... walaupun dia hanya mengenalkan diri sbg si penerima ilmu.... entah kenapa dia hendak berahsia dgn aku.... dan dari smsnya itu, dia memg mengenali aku...mungkin juga dia pernah rapat dgnku...kenapa aku kata begitu? sbb hanya mereka yg rapat dan selalu berurusan dgnku mengetahui no.hp ku....
Berkali2 juga aku bertanya siapakah penghantar sms itu.... tp, dia masih mengelak utk memperkenalkan diri....tak mengapa wahai si penerima ilmu.... cuma, sgt2 menyentuh hati bila dia mengatakan "rasa macam rindu pula suara marah2 cikgu....". kemudian aku balas, "rindu la sangat...huhuhuhu"....dia hantar lagi, "Allah sja yg tahu perasaan ni kpd seorang guru".... tersentuhnya hati... walaupun mgkin pada org lain itu kata2 yg biasa, tp bagi aku itu kata2 yg mampu mbuatkan rasa diterima & disayangi.... terima kasih sbb masih mengingatiku...jarang sangat org rindu pada marahnya seorang guru.... biasa jumpa org rindu pada baiknya seorang guru...
Utk dia si penerima ilmu yg tidak ku ketahui siapa, terima kasih kerana masih menyimpan rasa rindu itu utk aku.... sekurang2nya aku tahu ada org yg merindu.... hahaha..... mudah2an dia si penerima ilmu akan terus berjaya....
mudah2an ada hati di luar sana akan memahami... bahawa marahku kerana aku sayang kamu...
mudah2an ada hati di luar sana akan mengerti... bahawa marahku kerana kamu ada di hatiku...
Mgkin aku bukan seorang yg pandai menunjuk rasa kasih dan sayangku pada kamu, wahai semua penerima ilmu.... tp, hati ini selalu ingin melihat kamu ke menara gading... hati ini selalu ingin melihat kamu memiliki kerjaya yg lebih baik dari aku....
walau aku hanya penyampai ilmu, kamu sebahagian rasa bahagia dalam hidupku.....
Biarkan luahan hati ini terluah di sini... walau di ruang ini sentiasa sunyi... Biarkan bicara hati ini berbicara di sini... walau di ruang ini sentiasa membisu sepi..... Andai luahan dan bicara ini mampu mententeramkan hati ini, biar ia terus di sini....
"Akan kuatkah kaki yang melangkah, bila disapa duri yang menanti. Akan kaburkah mata yang menatap, pada debu yang pasti kan hinggap. Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" - Sesuci Sekeping Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan