hadiah dr anak2 didik, teda apa yg kuharapkan, hnya DOA kesejahteraan hidup AKU harapkan....& anak2 didik yg masih mgingati AKU, TERIMA KASIH smua.....kamula kesayangan ati ku.....
hadiah dr skula tcinta, AKU terima pberian itu dgn seadanya...walau mgkin ada pmintaan yg ku pinta sukar utk dtunaikan, AKU REDHA & PASRAH menerimanya....TERIMA KASIH jua utk mereka yg memahami AKU spjg d skula ini....
_______________________
CORETAN D BAWAH INI petikan dr Utusan Online 15/05/2010
HADIAH ISTIMEWA UNTUK CIKGU
SAYA ada terbaca dalam Internet tentang coretan hati seorang guru wanita. Bagus kalau dapat kita hayati keikhlasan guru itu. Bagi guru itu, meraikan Hari Guru bukan untuk diri sendiri sebaliknya berkongsi kegembiraan bersama anak murid. Bukan hadiah yang diinginkan. Hanya sebuah rasa gembira. Gembira bersama anak murid tercinta apalagi yang berjaya dengan keputusan yang cemerlang dan akhlak yang terbilang.
“Cikgu memang nak sangat hadiah tu... nak sangat-sangat! Kalau tanya cikgu nak hadiah apa.. itulah jawapan cikgu. Kejayaan kamu... kebanggaan cikgu. Kegagalanmu... kepincangan cikgu.
“Cikgu tak mengharapkan A daripada kamu semua. Kalau ada.. alhamdulillah. Cikgu mahu kamu semua lulus supaya cikgu tahu yang selama ini cikgu tak syok sendiri. Lakukan yang terbaik... bukan hanya untuk cikgu... tapi untuk diri dan keluargamu. Mulakan dengan doa. Jangan lupa mohon maaf terlebih dahulu daripada kedua-dua orang tuamu.
“Cikgu sentiasa halalkan ilmu yang cikgu curahkan. Sehabis usaha daripada kamu semua adalah hadiah yang paling bernilai cikgu terima,” kata guru tersebut.
TERHARU
Kuala Lumpur
Biarkan luahan hati ini terluah di sini... walau di ruang ini sentiasa sunyi... Biarkan bicara hati ini berbicara di sini... walau di ruang ini sentiasa membisu sepi..... Andai luahan dan bicara ini mampu mententeramkan hati ini, biar ia terus di sini....
"Akan kuatkah kaki yang melangkah, bila disapa duri yang menanti. Akan kaburkah mata yang menatap, pada debu yang pasti kan hinggap. Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" - Sesuci Sekeping Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan