Diambil dr laman blog http://blogs.iium.edu.my/martinelli/
Doa Untuk Guru
Tips yang sangat berkesan untuk berjaya ialah jangan sekali2 menghina orang yang pernah mengajar kita sekalipun dia menyakiti kita. Sentiasalah berdoa untuk guru kerana doa akan menambah barakahnya ilmu yang diterima.
Apabila kita berdoa untuk guru, hati guru akan menjadi lembut dan akan mengajar dengan sempurna. Percayalah apabila guru menyayangi kita, pelajaran akan mudah hadam dan dapat dihayati dengan baik. Pelajaran yang sempurna dihayati sudah tentu mudah dihadapi semasa peperiksaan. Apabila guru menyayangi murid sudah tentu dia akan memberi keutamaan kepada murid yang disayanginya untuk dibantu.
Nasihat ini saya sampaikan kepada anak2 saya yang kadang2 bersungut tidak puas hati dengan sikap pensyarah mereka yang selalu tidak datang kelas atau mengajar sambil lewa atau pilih kasih dalam memberi markah. Saya katakan, “Tanggungjawab yang tidak ditunaikan oleh guru itu adalah urusannya dengan Allah. Pelajar jangan sekali2 menghina guru. Doakan saja mereka”
Sekeras mana sekalipun hati seorang guru itu, atau segarang mana sekali pun guru itu, apabila berdepan dengan murid yang baik dan hormat padanya, InsyaAllah, hatinya akan menjadi lembut untuk menyayangi murid tersebut. Pokoknya, doakanlah guru2 kita kerana berdoa untuk orang lain itu adalah lebih mustajab disamping kita mendapat habuan yang sama dengan orang yang kita doakan. Apalagi yang kita doakan itu adalah guru kita.
Biarkan luahan hati ini terluah di sini... walau di ruang ini sentiasa sunyi... Biarkan bicara hati ini berbicara di sini... walau di ruang ini sentiasa membisu sepi..... Andai luahan dan bicara ini mampu mententeramkan hati ini, biar ia terus di sini....
"Akan kuatkah kaki yang melangkah, bila disapa duri yang menanti. Akan kaburkah mata yang menatap, pada debu yang pasti kan hinggap. Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" - Sesuci Sekeping Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan