Dulu aku pernah mahukan utk hilang ingatan semata2 ingin melupakan dia..... punyalah cetek sungguh fikiranku waktu tu.... yg sekrg boleh ku katakan, itu jalan mudah utk lari dari menerima hakikat....
Skrg aku terfikir sendiri, andai waktu itu doaku diterima olehNYA... bagaimana lah aku waktu ini... mungkin aku tidak akan berada di tempatku ini... mgkin aku tidak punya kerjaya mulia ini... mgkin hidupku masih samar2 kini... tertanya2 siapa diri... tertanya2 tentang setiap bayangan silam yg mgkin kan sentiasa bermain dlm memori.... dan yg paling sedih, mgkin aku kini masih lagi menyusahkan kedua org tua utk membiayai hidupku...
Bila difikirkan secara logik akal skrg ini, sungguh sia2 permintaan ku itu...sungguh tidak mensyukuri nikmatnya hidup...Bodohnya aku mahukan hilang ingatan waktu itu semata2 utk menghindar ujian sekecil2 ujian dariNYA....
Bila diingat semula, bersyukurnya aku kini.... rupa2nya rasa pedih dan pahit suatu ketika dulu, terasa manis kini bila dikenang semula... rupa2nya dlm lemahnya aku dulu, ada hati yg kental dlm jiwa...
Bersedia utk berhadapan dgn hakikat...walau hakikat itu mgkin menyakitkan... kerana percayalah, yg pahit itu adalah penawar sebenarnya.... jgn lagi lari dari hakikat, kerana melarikan diri hanya mengundang pelbagai masalah... melupakan seseorg yg disayangi bukan dgn menghentakkan kepala di dinding.... itu bodoh namanya... biarlah masa yg menentukan.... sebab ia pasti berbaloi.... anugerah terindah bila kita masih mampu mengingati seseorg....
Biarkan luahan hati ini terluah di sini... walau di ruang ini sentiasa sunyi... Biarkan bicara hati ini berbicara di sini... walau di ruang ini sentiasa membisu sepi..... Andai luahan dan bicara ini mampu mententeramkan hati ini, biar ia terus di sini....
"Akan kuatkah kaki yang melangkah, bila disapa duri yang menanti. Akan kaburkah mata yang menatap, pada debu yang pasti kan hinggap. Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" - Sesuci Sekeping Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan