Sejak aku mjadi pengguna internet yg aktif, ada beberapa blog yg aku singgah dan baca....
Mistisfile... blog yg mnarik minat aku utk terus mbaca dan ternanti2 entry terbaru.. cuma sejak dua tahun ni, blog ini tidak lg dibuka utk bacaan umum... seronok mbaca tulisan2 di blog itu... membuka mata tentang bangsa kita...
Satu lagi yg sentiasa ku lawati ialah halamansrikandi dan riwayatmelayu....dua blog yg ditulis oleh org yg sama iaitu cik srikandi.... memg aku tidak kenali dia... tp, tulisannya menyebabkan aku tersentak tentang dunia sejarah kita... nampak sgt aku tidak kuasai ilmu itu....
Kini, aku menjadi pembaca kisah perjalanan hidup seseorg.... membaca kisah getirnya sebuah kehidupan yg nyata berbeza dgn duniaku...
Aku masih seorg yg suka membaca... cuma kesian dgn novel2 yg tersimpan dlm rak... ada yg masih tak tersentuh lagi... kekerapanku di dunia maya ini sungguh melekakan aku....
Biarkan luahan hati ini terluah di sini... walau di ruang ini sentiasa sunyi... Biarkan bicara hati ini berbicara di sini... walau di ruang ini sentiasa membisu sepi..... Andai luahan dan bicara ini mampu mententeramkan hati ini, biar ia terus di sini....
"Akan kuatkah kaki yang melangkah, bila disapa duri yang menanti. Akan kaburkah mata yang menatap, pada debu yang pasti kan hinggap. Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" - Sesuci Sekeping Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan