"Akan kuatkah kaki yang melangkah, bila disapa duri yang menanti. Akan kaburkah mata yang menatap, pada debu yang pasti kan hinggap. Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" - Sesuci Sekeping Hati

Isnin, 29 April 2013

rindu dalam hati

Argh....mcm mana aku boleh terlupa ada meeting ari ni....nasib la ada kawan2 yg ingatkan..klau tak, komfom kena lagi....kesibukan bermula lagi...ISNIN, aku tak suka...

Awal2 pagi sudah start duduk depan komputer...kemaskini data...argh...boringnya...duduk dpn komputer menekan satu2 nombor yg ada....tu la gatal sgt nak terima jawatan tak bergaji tu...padan muka....huhuhu...aku terima bukan suka2 ya...aku terima kerana terpaksa...klau aku tak terima, sah2 sampai hari ni aku masih lagi terbeban tugas2 yg bukan sepatutnya utk aku...apatah lagi tidak dijanjikan sebarang harapan utk ke jawatan itu..jadi, cara terbaik yg terlihat mata dan boleh dijadikan alasan adalah menerima jawatan aku skrg....jgn salah faham, aku bukan berkira...tp, sudah sampai masa aku bsuara...aku penat......

Sekurang2nya skrg aku masih boleh menarik nafas lega...dan kepenatan ku sebelum ini mulai hilang.  Maaf kpd pentadbir2 yg berkenaan...aku mungkin bukan aku yg dulu...yg sentiasa menerima kepelbagaian tugas tanpa berani utk mengata tidak...ya, betul...dulu aku Yes Boss... sbb aku merasakan aku tidak layak utk kata tidak...sbb aku rasa aku masih baru berkhidmat...tp, sejak hujung tahun lepas...bila aku merasakan bebanan tugas ini mematikan motivasi ku dlm kerjaya ini, aku kena berani bersuara...aku kena berani tolak...dan, itu yg aku lakukan...aku lakukan ini bukan utk suka2 mencari masalah...apatah lagi dgn pentadbir yg akan sentiasa mbuat penilaian kerjaku...aku lakukan ini supaya cintaku...sayangku...motivasiku...pada kerjaya ini subur kembali...mekar kembali seperti ketika aku mula melapor diri...

Aku perlu utk dapatkan kembali perasaan itu...sebab, aku rindu pada kerjaya ini sejak dua tahun kebelakangan ini...rindu akan keseronokan berkerja...rindu akan mulianya kerjayaku ini...rindu walaupun aku masih dalam kerjaya mulia ini..

Ahad, 28 April 2013

janggalnya

Sbenarnya aku lebih suka org panggil aku dgn nama sja...terutama skali rakan sekerja..rasa tak selesa bila dipanggil dgn panggil 'kak'...mungkin sdh terbiasa dgn kebiasaan hidup....smua kazen panggil nama...yg beza dua tahun...tiga tahun...empat tahun...lima tahun.. aku lebih selesa sebenarnya...sbb tu, seboleh2nya aku tak mau dipanggil dgn gelaran itu...tp, ada juga yg rasa tak sedap hati nak panggil aku dgn nama...mereka kata, mcm tak hormat pula...pd aku, panggilan nama itu lebih mesra...

aku kekok sebenarnya dgn panggilan tu...janggal...kebiasaan itu sbenarnya yg membuatkan aku janggal.. dan aku tak suka bila aku rasa janggal..lenggok bahasa pun terpaksa aku kawal...perbualan pun akan kurang rasanya...

Dan yg paling tak best berbual dgn aku, penggunaan aku dan kau memg akan selalu aku guna...kebiasaan....kecuali pd org2 yg umurnya sgt jauh beza dgn aku...yg memg selayaknya dipanggil kakak...nampak mcm kasar, tp itulah kemesraan...kdg2 dlm keadaan formal pun aku guna kata ganti diri tu...dgn bos pun aku beraku...tp taklah berkau dgn bos...masih juga mguna panggilan hormat pd bos...
Jd, siapa2 yg mungkin akan menjejak kaki ke pulau bebas cukai di borneo ni, jgn lah terkejut dgn penggunaan kata ganti diri aku dan kau...bukan bahasa kasar, tp itulah kemesraan...knapa aku kata mesra...sbb penggunaan aku dan kau ni biasanya digunakan dikalangan org yg rapat dgn kita...kita tak akan marah pun klau bestfriend kita guna aku dan kau kan..itu tanda bahawa kita ni akrab...mcm tu juga bagi aku, walaupun aku tak kenal...tp itulah tanda bahawa aku ingin akrab dgn sesiapa pun.... :)

syok sendiri

Mesti ada yg gelak...aku takde follower kan... takpe, aku tahu walau takde follower..blog ini masih ada pembaca (perasan)...heheheh...aku tak kisah sbb aku buat blog ni bukan nak tarik follower, mcm aku pernah kata..aku buat blog ni hanya nak luah isi hati...nak buang rasa geram...nak hilang rasa tak puas hati...dan nak syok sendiri menulis...

dan semalam, aku tukar url  blog ni....klau la ada yg bloglist blog aku sebelum ni, rasa2 boleh buka lagi ke guna url yg lama tu...biarlah....saja supaya tak timbul isu selepas ni...

Jumaat, 26 April 2013

bila smartphone sunyi sepi

Siap kerja utk minggu ni...esok sdh boleh melepaskan penat seminggu bekerja... melepaskan penat dgn melepak di rumah spjg hari...jgn lupa utk off hp....biarkan smua panggilan yg masuk. Sbb sgt yakin panggilan yg masuk adalah panggilan yg tidak penting pun..lgpun, tiada panggilan yg sgt ditunggu pun... lima enam tahun ni, bunyi hp ku memg sgt2 sunyi...boleh dikira brapa kali hp itu bernada dering..  selalunya, hp itu memg tdk berdering pun....bukan rosak, tp tiada siapa pun yg memanggil...terasa aman damai ja spanjang enam tahun ni....dan, aku pun bukan org yg rajin nak call kawan semata2 nak sembang2  kosong....

Berbeza dgn tahun2 sebelumnya...awal pagi berdering....tengahari berdering...petang berdering...malam berdering...setiap hari begitu la rutinnya...sampai dia belikan aku simcard DIGI semata2 utk jimatkan kos...aku pun memg selalu call out...sbbnya klau tdk buat bgitu, lama la rajuknya...dan bila merajuk, punya la susah nak makan pujuk...kena lg dgn aku, sekali tak makan pujuk..boleh tahan lagi...dua kali, ok lagi...ketiga dan seterusnya pandai2 la bawa diri... sgt2 tak suka dlm hal2 pujuk memujuk ni....

Walaupun hp aku skrg sunyi sepi..selalu habis bateri...ni la penangan dunia smartphone ni...semua di hujung jari...FB di hp...selalu lg mengGOOGLE..nak main games pun di hp. nasib la berblogger ni aku guna tablet...kdg2 rasa rugi je beli smartphone ni...tp, aku memg akan kalah dgn gadget2 ni...apalagi hp.. memg aku kalah...sampai terbawa dlm mimpi...punya la kuat godaan gadget ni pada aku...dan, aku ni kira bernasib baik sbb sgt2 kurang bershoping segala baju, kasut, dan segala aksesori yg wajib ada pada seorg wanita...jd, aku masih boleh kontrol kewangan aku...klau tidak, bankrap aku tiap2 bulan....

Hp smartphone..cuma tak smart penggunaan...suka2 ati nak letak mana...pernah tertinggal di tempat kerja...nasib masih ada esoknya....yg penting, aku masih terus mencuba utk menjadi seorg yg SMART....

Khamis, 25 April 2013

jom rancang cuti2 malaysia

hmmmm.....sedang merancang nak cuti2 malaysia...nak menjejak kaki ke tanah semenanjung.... jalan2 tengok negeri orang....sesekali keluar dr pulau ni mesti seronok...cuma, tak tahu bila...tak tahu lg dgn siapa...teringin juga nak pergi sendiri, tp mana aku berani pergi sendiri...klau setakat sendirian ke kota kinabalu, masih berani lagi....

Bukan tiada kawan di tanah semenanjung, ada.... tak nak la nak ganggu dia. sbb faham dia pun sentiasa sibuk dgn urusannya....mgkin sama sibuknya mcm aku. Tak nak myusahkan semata2 nak teman kita jalan2 nanti...

Siapa dia? Dia yg sentiasa di hati..akan selalu kekal di hati... cuma, dia takkan tahu.. biarkan ia hanya kekal di hati... sbb aku pasti, klau ku luah rasa ini pasti perhubungan ini akan terputus begitu sja...jd, biar ia kekal begini sja... lebih mudah dan tidak akan melibatkan perasaan....

siapa pun dia, dia pernah menjadi pendengar setia...sehingga hari ini pun dia masih pendengar setia.. dan, dia juga yg  menyebabkan aku suka dgn kerjayaku ini....

terima pujian dan minta puji

Yes..berjalan dgn lancar....yg penting tak perlu la guna gunting dan riben utk penanda rasmi program pagi tadi....siap juga vclip tu...walaupun tidak seberapa, tp dgr2 terima pujian ( bangga la kononnya tu ) ... benda yg boleh dibuat, kita buatla...lagipun, apala yg susahnya...smuanya dihujung jari...huahuahua

Sebenarnya, baru ja sehari menggunakan movie maker w7 tu...baru ja belajar mcm mana nak guna... biasalah klau hal2 komputer ni, keinginan utk mencuba suatu yg baru sgt tinggi... kira2 bila dipuji oleh big boss tu, okey la tu...walaupun banyak lagi yg aku rasa perlu diubah....hehehehe... yg penting program pagi tadi berjalan dgn baik...vclip aku pun terpancar dgn baik....cuma tak syoknya, dari start program sampai habis, aku kena duduk dpn dewan utk control powerpoint....sedangkan tugas aku cuma buat penanda rasmi ja...konfius betul aku? tapi, tak pe..SYMP...kan hanya org biasa...

Rabu, 24 April 2013

Untuk Selamanya - Datuk Siti Nurhaliza

sesekali layan lagu D. Siti....lagu yg pernah bermain di hati suatu ketika dulu....untuk selamanya...bila sampai waktu nanti, ku harap kau kan mengerti....mungkin bahagia atau derita, takdir ku terima....

Andainya ku pergi
Usah disesali
Kerana ku sangsi
Adakah cinta masih di sini

Andainya kau tahu
Ku mencintaimu
Ku pasti dirimu
Tak akan tegar melukaiku

Sampai bila akan begini
Menyimpan rahsia hati
Relakanlah aku pergi
Walau cinta masih di hati
Dan air mata menemani
Langkah ku yang semakin tak pasti
Membawa kelukaan ini

Bila sampai waktu nanti
Ku harap kau kan mengerti
Mungkin bahagia atau derita
takdir ku terima

Andainya kau tahu
Ku mencintaimu
Ku pasti dirimu
Tak akan tegar melukaiku

Sampai bila akan begini
menyimpan rahsia hati
Relakanlah aku pergi
Walau cinta masih di hati
Dan air mata menemani
Langkahku yang semakin tak pasti
Membawa kelukaan ini

Bila sampai waktu nanti
Ku harap kau kan mengerti
Mungkin bahagia atau derita
takdir ku terima

Oh Tuhan tunjukkanlah cahaya kebenaran
Kenangan bersamamu
Kan bersemadi untuk selamanya



tolong jangan tanya soalan itu

Aku hanya manusia biasa...yg takkan pernah sempurna...walau aku cuba utk mjadi sempurna, tp kesempurnaan itu tetap bukan milikku..jadi, tolong berhenti utk bertanya pada aku...jgn tanyakan lagi soalan itu pada aku...soalan apa? Soalan cepuemas yg sememangnya tak berapa gemar didengar, terutama org2 bujang macam aku ni...mesti dah dpt agak kan apa soalan cepuemas tu....

Kdg2 aku jawab senang je...'tunggu saja hujung tahun, tp tahunnya belum pasti lagi'...hehehe
Jawab dgn yakin tu...pastu aku tanya balik, ' kalau aku kawin nanti, betul ke ko nak dtg ni? jgn pulak tak dtg'...saja nak tanya...ye lah, biasa hujung2 tahun kan masa utk bcuti...cuti2 malaysia la, cuti2 luar negara la, cuti2 daki kinabalu la...cuti2 pulau la....balik kg, itu lagi la pasti...maklum la, kebanyakkan rakan sekerja dtg dr semenanjung...cara nak lari dr topik sebenarnya....hehehe

aku tahu, dorg sebenarnya ambil berat (sedapkan hati sendiri, fikir yg baik2)...jadi, walaupun aku bujang..masih ramai yg ambil berat...hehehe...sambil ambil berat, nak tolong jaga kain aku sebenarnya...mcm kata pepatah melayu, sambil menyelam, minum air....

jangan risau, setakat ni aku masih boleh jaga diri sendiri..masih boleh berfikir mana yg baik...masih boleh berdiri sendiri...klau sudah sampai masanya, adalah jodoh tu...klau tiada, siapa la aku utk menidakkan...dan, aku pun tidaklah terlalu terdesak utk berumahtangga sbbnya aku pun sudah punya rumah sendiri ( boleh diterima ke alasan ni)....


Selasa, 23 April 2013

jom makan tengahari


lunch jam 3.00 pm td... lunch + minum petang....

tak terasa masa berlalu hari ni kerana terlalu sibuk menghadap komputer..bila sudah mula tu, susah nak berhenti....terima kasih ajk MTQ yg sponsor makan hari ini...menyambung kerja di rumah nanti...bermula lagi episod membawa kerja2 tertangguh ke rumah....gara2 bahan utk di vclip kan baru dpt tengahari smalam...yg paling best, vclip tu nak guna pagi khamis ni.....mudah2an sempat disiapkan...klau tak sempat, tpaksa la sediakan gunting dan riben sbg penanda perasmi.....

teruskanlah usaha....yeaaaa, yakin boleh..................



merehatkan diri seketika

Merehatkan diri utk seketika...rehat2 sambil mengetik keyboard tablet ni...hati tiba2 terdetik bertanya pada sendiri...adakah pengunjung yg merehatkan diri sambil melayari blog ini...hihihi, mesti takde kan.. sbbnya, aku menulis di sini hanya untuk meluahkan apa yg ada dlm hati aku...menulis hanya sekadar suka2...klau ada yg berkunjung, terima kasih ya kerana sudi utk menstresskan diri membaca segala luahan hati ini...maaf juga jika luahan hati ini membuat pembaca rasa tak senang hati atau mungkin rasa mluat utk membacanya....maaf juga tulisanku di sini langsung tidak berseni mahupun berisi...

Semalam, baru aku tahu betapa penakutnya diri ini...ksiankan, pada usia yg sdh mencecah 30an ini, baru smalam aku tahu betapa penakutnya aku...apa kisahnya? Maghrib semalam, aku dikejutkan dgn anak ular disebalik almari di ruang tamu...tp, bila difikirkan semula, takut atau terkejut...takut tu mgkin sbb ularkan..tak tahu lah berbisa ke tidak...dlu, pernah dgr ceramah2 ustaz..klau ada ular masuk rumah, jgn terus dibunuh...nasib la ada adik lelaki, mau harapkan abg aku...dia pun tak berani dekat dgn anak ular tu...20 minit juga la nak kluarkan anak ular tu dr sebalik almari....kluar sja ular tu, terus kena pukulan maut dr si adik....memikirkan ular dlm rumah, sampai terasa susahnya nak tido smalam...tkut klau2 masa tdo tu,  ada ular tdo skali...eiiii...yg pasti aku bukan penggemar binatang eksotik ni..

Masa nak tdo smalam, tiba2 idea mula dtg...bukan pasal ular. Tp, pasal nak sambung tablet yg tak seberapa ni ke lcd projektor..klau tau caranya kan best..maklumlah, duniaku akan sentiasa memerlukan penggunaan ict ni...malas nak bawa laptop, sakit bahu nak mengangkat..bila ada yg kecil lg ringan ni, kan mudah kalau boleh pasang dgn lcd...konon la kan....masih lg mengGOOGLE ni...klau ada yg pernah cuba dan bjaya, kongsi2 lah.... ;)

Isnin, 22 April 2013

Tak termiliki

Suatu kenyataan hidup yg perlu ku akui...cuba memiliki sesuatu yg tak akan ku miliki...macam mana ya, tak tercapai tangan...tak tergapai tangan...rasa hati nak petik bintang....rasa hati nak genggam awam...tp, itu hanya rasa...mana lah mampu diri ini memetik bintang di langit, jauh sekali nak genggam awam....

Dan kini, kena juga kuatkan hati...walaupun tak termiliki....perlu dijalani jua perjalanan yg pasti ini...kena teruskan jua perjalanan walau airmata tertahan dari jatuh....pahit mana pun rasanya, inilah hakikat kehidupan...mudah2an dgn perginya dia dari hidup ini merupakan satu pengalaman hidup yg membawa seribu erti....yg pasti, perginya dia tidak akan mengubah satu apapun dalam hidupku....

Walau suatu masa dlu, aku pernah rasa sia2nya perhubungan ini...pernah rasa hampa dengan cinta ini..mgkin terlalu berharap akan bersatunya kita....tp, kini perasaan kesal itu telah lama hilang...kini aku akui yg kita memang tidak akan bersama...walau mgkin rasa itu masih ada, yg pasti kita memang tidak akan bersama...sbbnya, haluan kita nyata berbeza...di akhir2 perhubungan itu, rasa hati ini sentiasa berkata2...sentiasa rasa curiga walaupun percaya itu hanya permainan perasaan...tp, hati kecil ini sentiasa merasa akan sesuatu yg sukar utk diluah dgn kata2....terima kasih, mgkin aku tidak pernah menyatakannya....terima kasih kerana pernah melamar utk menjadikan perhubungan ini suatu yg pasti...walau lamaran itu mungkin terpaksa utk kau ucapkan. Ya, lamaran di akhir pertemuan di hari aku mengundur diri...penat utk meneruskannya...itu yg ku rasa waktu itu...

Aku yakin itu keputusan terbaik pernah ku buat...terbaik utk hati dan perasaanku...aku penat utk rasa kecewa, utk rasa sakit hati, utk rasa hilang percaya....aku lelah utk terus bermain hati...

Mgkin kerana rasa penat dan lelah ini, aku lebih suka hidup sendiri...kebahagiaan itu lebih ku rasa kini...

Ahad, 21 April 2013

Kehilangan- Firman

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu 
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya (sejujurnya)
ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)
Seandainya (seandainya)
kamu bisa (kamu bisa)
Mengulang kembali lagi cinta kita (cinta kita)
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu 
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya (sejujurnya)
ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)
Seandainya (seandainya) kamu bisa (kamu bisa)
Mengulang kembali lagi cinta kita (cinta kita)

Sejujurnya (sejujurnya)
 ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)
Takkan ku sia-siakan kamu lagi..
Takkan ku sia-siakan kamu lagi..

cinta akan sentiasa ada

Wah....cerita pasal cinta pula hari ni...betulkan, cinta akan sentiasa ada... nafi la macam manapun, pasti rasa cinta itu ada dlm diri kita...setidak2nya cinta itu masih pada yg Esa....

Walaupun kita masih lagi hidup sendiri hingga hari ini dan pd masa akan datang, pastikan rasa cinta tidak akan hilang.... memiliki rasa cinta wpun mgkin tdk diketahui oleh org yg kita cinta adalah satu anugerah utk kita...andai terus terang itu boleh menggugat perkenalan atau persahabatan, apa salahnya biarkan ianya begitu....biarlah kita pendam saja perasaan itu...biarlah mgkin kita yg akan rasa sakit dan rindu, jika itu yg terbaik...sbb mgkin suatu masa nanti, kita akan berbahagia melihat org yg kita syg itu miliki sbuah kebahagiaan...

Itu yg pernah aku alami...kdua2nya sudah hidup bahagia...dua buah keluarga yg bahagia... walau pun hingga kini aku tidak pernah berhubung lg dgn mereka, tp aku pasti kebahagiaan hidup berkeluarga mereka...pernah terserempak dgn x pertama di sebuah shoping complex di borneo utara...kebahagiaan nampak dgn jelas diwajah mereka bersama anak2....dan perasaan ku waktu itu, wah...bahagianya....perasaan marah, sakit hati dan mcm2 lg pd dia hilang begitu sja...mungkin aku sdh mengakui dia bukan untukku... x kedua pula aku temui dlm sebuah feri yg mhubungkan tanah besar borneo dgn pulau bebas cukai ini...mula2 ternampak dia, betulkah dia? terasa lama tdk bersua...bila tersua, dia sudah pun mendukung anak kecil...wah, bahagianya....itu yg terpancar di wajahnya...aku turut sama bahagia walau bukan aku disampingnya....belajar utk menerima sbuah kehidupan dan kebahagiaan org lain...dan yg ketiga, bukan x aku...tp dia seorg sahabat...yg menjadi teman suka dan duka hidupku...dia tahu kehadiran dua org diatas dlm hidup aku...hampir2 aku luahkan isi hati padanya...mujur lah aku berkira2 utk mluahkannya....memg sdh ada sdikit rasa itu padanya...tp ku kuatkan hati utk diamkam diri...dan skrg dia masih sahabatku...dan dia juga kini telah bahagia bersama kluarganya...dgr2, dia kini sdh punya cahaya mata...tahniah sahabat...lama sudah tidak menghubungi dia...beritanya pun ku ketahui hanya melalui FB...tidak mahu mengganggu kebahagiaannya...bukannya apa, cukuplah kerana kehadiran ku sbg sahabat suatu masa dlu hampir2 menggugat perhubungan mereka...aku tahu batas diri...klau dulu, boleh lah berjam2 bertelefon, bersms...sbb dia single...tp, skrg kan dia sudah punya keluarga, takkan aku hendak menjadi org ketiga pula walaupun hanya sbg sahabat...

Mudah2an mereka dan keluarga mereka akan terus bahagia...jgn risau dgn kehidupanku...aku masih mampu utk berdiri dan berdikari...aku masih mampu utk hidup sendiri tanpa seseorg disisi...

disebalik nama dlizhs

dlizhs...mcm mana nak sebut ni....sebut sja ikut suka..yg penting x lari dr ejaan nya..hihihi

nama ni dah aku guna sejak zaman skolah lg...ting. 2 masa tu..suka2 akhirnya melekat sampai hari ni..., kira2nya dlizhs ni adalah gabungan nama aku sperti dlm ic...semua novel yg aku pernah beli smuanya akan tertera nama ini sbg pemilik....tp, tak ramai yg tahu nickname milik aku walaupun dekat dgn aku..hanya seorg dua sja yg tahu...dan rasa sgt2 special bila ada yg siap letak nama ni dlm contact hp....

tak sangka nama ini masih aku gunakan selama hampir 18 tahun...yg pasti email2 ku sebelum ini juga mgunakan nama ini...cuma skrg, bila selalu berurusan rasmi...mahu tidak mahu aku tpaksa menggunakan email yg nmpak formal....tak sukanya.....

apa2pun, itu hanya sekadar nama....tidak akan memberi sebarang makna sampai bila2...

Maafkanlah

Sejak dua tiga minggu ni aku suka menjengah beberapa blog....cuba utk mengetahui tentang kehidupan yg mgkin berbeza dgn pengalaman hidupku...mbaca hidup getir seseorg mbuatkan aku berfikir, jika itu yg berlaku pd aku, mampukah aku btahan....pembacaan itu juga mberi byk maklumat yg tdk pernah aku ketahui sbb sebelum ini tdk pernah tlintas utk aku mengetahui...jahilnya aku...ini sikap yg perlu aku buang..jgn perkara itu blaku pd diri baru sibuk mcari jawapan....

Maaf kpd pemilik2 blog yg aku tinggalkan jejak sama ada sbg Anon atau nama pemilik blog ini...tiada niat yg lain selain mengumpul kekuatan dlm diri...

Jumaat, 19 April 2013

c black vs c putih

Rasa2nya esok hari pertama rasa bercuti di hari sabtu...biasanya sabtu pun memg cuti, cuma tak terasa seperti cuti....sebab? sabtu2 sebelum ni penuh dgn kepentingan utk anak2 remaja... April yg best ( best sgt2 )....

Merancang utk jalan2 keliling pulau....jom, mesti best menghilangkan tekanan kerja... sekadar meluang masa utk diri sendiri di hujung minggu...sesekali dpt merehatkan diri bersama2 c buah hati mesti best...
buah hati yg telah meneman selama setahun setengah ini...menggantikan c buah hati yg telah mengharung susah senang bersama....

Siapa tu? Mari aku kenalkan....

c black.....bersama sepanjang 2006 - 2011....lamakan....yg sentiasa meneman suka duka...sentiasa ada seawal pagi dan lewat senja..... tp, jodoh dgnnya tdk berpanjangan...

dan skrg, peneman ku setiap hari ialah c putih....kontra kan, yg dlu black, skrg putih pula.....yg pasti c putih ini lebih gagah dan tahan lasak...sebenarnya, jatuh cinta saat pandang pertama....sama spt perasaan pertama pada c black...kenapa berubah hati? sbbnya, aku selalu sja ke tanah besar borneo...jd, dgn adanya peneman yg gagah ini pasti sepanjang perjalanan lebih rasa selamat (alasan semata2)...

yang pasti, kedua2nya tetap kesayangan hati...andai masa itu tiada yg myakitkan hati, pasti ku masih kekal dgn c black....terima kasih my black yg sentiasa memberi khidmat terbaik sepanjang tempoh kita bersama...mudah2an c putih ini akan kekal bersamaku dlm tempoh yg lebih lama.....

hargai semasa ada di depan mata.....bila sudah tiada, pasti tiada rasa penyesalan dlm hati.....

Gelaran bukan personaliti sebenar....

Salam jumaat....

Jom mulakan hari ini dgn hati yg gembira....ayat biasa di awal pagi....

Dan  petang ini aku seperti kehilangan kata2....tidak menyangka akan tingkah seorg rakan sekerja...suka hati menghentak meja...klau nak tunjuk gagah, bukan di sini... nasib bukan meja aku yg dihentak...

Tingkah tak selayak dgn gelaran yg disandang....

Mudah2an aku dijauhkan dr tingkah seperti itu walaupun aku bukan sesiapa...yg tdk bergelar apapun gelaran mahupun jawatan....hanya org biasa2 saja...

Khamis, 18 April 2013

Refleksi diri

Reset Minda Bersama : @C105

Refleksi diri... jom merenung jauh ke dlm diri...

siapa pun kita, pasti kita kan kembali padaNya jua...jd jgn segan utk mbuat refleksi diri. Jgn igt  RPH sja yg perlu dibuat refleksi...  sekurg2nya kita renungkan, betulkah apa yg aku buat hari ini? mungkinkah ada yg terasa hati mendengar kata2ku hari ini?

Kenapa perlu refleksi diri? Supaya esok hari lebih baik dari hari ini...supaya kita tak ulangi perbuatan yg menyebabkan org tak senang pd kita...

Refleksi diri mampu menjadikan kita hebat (walaupun hanya perasan sendiri hebat)...

Yg pasti aku mahu membantu anak2 remaja itu berubah menjadi yg terbaik...bukan hanya dlm dunia akademiknya, tp sahsiah diri juga..tak bermakna menjadi seorg yg pandai akademik, tp hilang sahsiah diri....walaupun aku bukan siapa2, jauh sekali dikenali...tp tekad itu akan sentiasa ada dlm hati....

Kuatkan hati utk membentuk jiwa generasi Y....

Rabu, 17 April 2013

Bila Hati Mula Berkata-kata

Tiba2 terfikir utk kembali mengaktifkan blog yg telah lama sepi ini...lama ditinggalkan ruang bicara hati ini....mujur jari ini mengetik password yg betul...klau salah mgkin ruang ini akan terus sepi tanpa luahan hati...

Kesibukan antara penyebab ruang ini hilang tanpa bicara. Sibuk dgn dunia kerja yg penuh dgn pelbagai kerenah manusia, dari yg muda remaja hingga yg sdh berumur senja...(ayat tu, klau dibaca oleh mereka abis aku kena lg)... tapi sebenarnya kerja yg dilalui hampir 8 tahun ini sgt menyeronokkan....seronok ke?Ya itu yg pasti...sebabnya? Takkan pernah bosan melayan kerenah manusia remaja...setiap hari akan jumpa pelbagai kerenah dan bermacam situasi...yg tak pernah lekang dgn pelbagai idea semata2 utk memperoleh sedikit rasa kasih dan peduli...inilah dunia kerja ku....

Sebenarnya skrg pun tgh sibuk...tp cuba mencuri masa yg terhad ini...masih byk lagi yg perlu diselesaikan seminggu dua ini...tp hati ini kata, ketepikan dulu seketika...luang kan dulu seminit dua utk diri sendiri...masa yg diguna hanya utk peribadi....sbb masa yg lain itu pengisian jadualnya sgt padat dgn kerjaya...siang dan malam sama sahaja...

Kenyataan yg perlu diterima...kerjaya yg dilalui ini sgt2 memerlukan pengorbanan masa peribadi... percaya atau tidak aku sampai hari ini masih sendiri. Bukan saja pengorbanan masa peribadi yg dituntut kerjaya ini, tp hati juga perlu utk dikorbankan...terimalah hakikat, kerjaya ini bukan lagi kerjaya yg sama seperti dulu...

Bila ada rakan sekerja bertanya, sampai bila sendiri? Hanya satu jawapan,  klau sudah sampai masanya..adalah tu...walaupun jawapan itu hanya sekadar penyedap hati sendiri...kesibukan ini kdg2 membuatkan aku terlupa akan perasaan itu lg...betul, itu lah kenyataannya... terasa sgt selesa begini, bebasnya hati tanpa memikir sebuah perhubungan yg belum tentu pasti...

Yang penting, aku seronok dgn kerjaya ini...tdk kisahlah walau aku masih sendiri....sbb masih ramai lagi yg menyayangi...cehhhh...(kena sayang la sgt...hihihi)

Apapun kerjaya kita, ikhlaskan lah hati...walau kdg2 mampu menggugat hati dan perasaan, terima dgn senang hati....