Suatu kenyataan hidup yg perlu ku akui...cuba memiliki sesuatu yg tak akan ku miliki...macam mana ya, tak tercapai tangan...tak tergapai tangan...rasa hati nak petik bintang....rasa hati nak genggam awam...tp, itu hanya rasa...mana lah mampu diri ini memetik bintang di langit, jauh sekali nak genggam awam....
Dan kini, kena juga kuatkan hati...walaupun tak termiliki....perlu dijalani jua perjalanan yg pasti ini...kena teruskan jua perjalanan walau airmata tertahan dari jatuh....pahit mana pun rasanya, inilah hakikat kehidupan...mudah2an dgn perginya dia dari hidup ini merupakan satu pengalaman hidup yg membawa seribu erti....yg pasti, perginya dia tidak akan mengubah satu apapun dalam hidupku....
Walau suatu masa dlu, aku pernah rasa sia2nya perhubungan ini...pernah rasa hampa dengan cinta ini..mgkin terlalu berharap akan bersatunya kita....tp, kini perasaan kesal itu telah lama hilang...kini aku akui yg kita memang tidak akan bersama...walau mgkin rasa itu masih ada, yg pasti kita memang tidak akan bersama...sbbnya, haluan kita nyata berbeza...di akhir2 perhubungan itu, rasa hati ini sentiasa berkata2...sentiasa rasa curiga walaupun percaya itu hanya permainan perasaan...tp, hati kecil ini sentiasa merasa akan sesuatu yg sukar utk diluah dgn kata2....terima kasih, mgkin aku tidak pernah menyatakannya....terima kasih kerana pernah melamar utk menjadikan perhubungan ini suatu yg pasti...walau lamaran itu mungkin terpaksa utk kau ucapkan. Ya, lamaran di akhir pertemuan di hari aku mengundur diri...penat utk meneruskannya...itu yg ku rasa waktu itu...
Aku yakin itu keputusan terbaik pernah ku buat...terbaik utk hati dan perasaanku...aku penat utk rasa kecewa, utk rasa sakit hati, utk rasa hilang percaya....aku lelah utk terus bermain hati...
Mgkin kerana rasa penat dan lelah ini, aku lebih suka hidup sendiri...kebahagiaan itu lebih ku rasa kini...
Biarkan luahan hati ini terluah di sini... walau di ruang ini sentiasa sunyi... Biarkan bicara hati ini berbicara di sini... walau di ruang ini sentiasa membisu sepi..... Andai luahan dan bicara ini mampu mententeramkan hati ini, biar ia terus di sini....
"Akan kuatkah kaki yang melangkah, bila disapa duri yang menanti. Akan kaburkah mata yang menatap, pada debu yang pasti kan hinggap. Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" - Sesuci Sekeping Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan