Wah....cerita pasal cinta pula hari ni...betulkan, cinta akan sentiasa ada... nafi la macam manapun, pasti rasa cinta itu ada dlm diri kita...setidak2nya cinta itu masih pada yg Esa....
Walaupun kita masih lagi hidup sendiri hingga hari ini dan pd masa akan datang, pastikan rasa cinta tidak akan hilang.... memiliki rasa cinta wpun mgkin tdk diketahui oleh org yg kita cinta adalah satu anugerah utk kita...andai terus terang itu boleh menggugat perkenalan atau persahabatan, apa salahnya biarkan ianya begitu....biarlah kita pendam saja perasaan itu...biarlah mgkin kita yg akan rasa sakit dan rindu, jika itu yg terbaik...sbb mgkin suatu masa nanti, kita akan berbahagia melihat org yg kita syg itu miliki sbuah kebahagiaan...
Itu yg pernah aku alami...kdua2nya sudah hidup bahagia...dua buah keluarga yg bahagia... walau pun hingga kini aku tidak pernah berhubung lg dgn mereka, tp aku pasti kebahagiaan hidup berkeluarga mereka...pernah terserempak dgn x pertama di sebuah shoping complex di borneo utara...kebahagiaan nampak dgn jelas diwajah mereka bersama anak2....dan perasaan ku waktu itu, wah...bahagianya....perasaan marah, sakit hati dan mcm2 lg pd dia hilang begitu sja...mungkin aku sdh mengakui dia bukan untukku... x kedua pula aku temui dlm sebuah feri yg mhubungkan tanah besar borneo dgn pulau bebas cukai ini...mula2 ternampak dia, betulkah dia? terasa lama tdk bersua...bila tersua, dia sudah pun mendukung anak kecil...wah, bahagianya....itu yg terpancar di wajahnya...aku turut sama bahagia walau bukan aku disampingnya....belajar utk menerima sbuah kehidupan dan kebahagiaan org lain...dan yg ketiga, bukan x aku...tp dia seorg sahabat...yg menjadi teman suka dan duka hidupku...dia tahu kehadiran dua org diatas dlm hidup aku...hampir2 aku luahkan isi hati padanya...mujur lah aku berkira2 utk mluahkannya....memg sdh ada sdikit rasa itu padanya...tp ku kuatkan hati utk diamkam diri...dan skrg dia masih sahabatku...dan dia juga kini telah bahagia bersama kluarganya...dgr2, dia kini sdh punya cahaya mata...tahniah sahabat...lama sudah tidak menghubungi dia...beritanya pun ku ketahui hanya melalui FB...tidak mahu mengganggu kebahagiaannya...bukannya apa, cukuplah kerana kehadiran ku sbg sahabat suatu masa dlu hampir2 menggugat perhubungan mereka...aku tahu batas diri...klau dulu, boleh lah berjam2 bertelefon, bersms...sbb dia single...tp, skrg kan dia sudah punya keluarga, takkan aku hendak menjadi org ketiga pula walaupun hanya sbg sahabat...
Mudah2an mereka dan keluarga mereka akan terus bahagia...jgn risau dgn kehidupanku...aku masih mampu utk berdiri dan berdikari...aku masih mampu utk hidup sendiri tanpa seseorg disisi...
Biarkan luahan hati ini terluah di sini... walau di ruang ini sentiasa sunyi... Biarkan bicara hati ini berbicara di sini... walau di ruang ini sentiasa membisu sepi..... Andai luahan dan bicara ini mampu mententeramkan hati ini, biar ia terus di sini....
"Akan kuatkah kaki yang melangkah, bila disapa duri yang menanti. Akan kaburkah mata yang menatap, pada debu yang pasti kan hinggap. Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" - Sesuci Sekeping Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan