Merehatkan diri utk seketika...rehat2 sambil mengetik keyboard tablet ni...hati tiba2 terdetik bertanya pada sendiri...adakah pengunjung yg merehatkan diri sambil melayari blog ini...hihihi, mesti takde kan.. sbbnya, aku menulis di sini hanya untuk meluahkan apa yg ada dlm hati aku...menulis hanya sekadar suka2...klau ada yg berkunjung, terima kasih ya kerana sudi utk menstresskan diri membaca segala luahan hati ini...maaf juga jika luahan hati ini membuat pembaca rasa tak senang hati atau mungkin rasa mluat utk membacanya....maaf juga tulisanku di sini langsung tidak berseni mahupun berisi...
Semalam, baru aku tahu betapa penakutnya diri ini...ksiankan, pada usia yg sdh mencecah 30an ini, baru smalam aku tahu betapa penakutnya aku...apa kisahnya? Maghrib semalam, aku dikejutkan dgn anak ular disebalik almari di ruang tamu...tp, bila difikirkan semula, takut atau terkejut...takut tu mgkin sbb ularkan..tak tahu lah berbisa ke tidak...dlu, pernah dgr ceramah2 ustaz..klau ada ular masuk rumah, jgn terus dibunuh...nasib la ada adik lelaki, mau harapkan abg aku...dia pun tak berani dekat dgn anak ular tu...20 minit juga la nak kluarkan anak ular tu dr sebalik almari....kluar sja ular tu, terus kena pukulan maut dr si adik....memikirkan ular dlm rumah, sampai terasa susahnya nak tido smalam...tkut klau2 masa tdo tu, ada ular tdo skali...eiiii...yg pasti aku bukan penggemar binatang eksotik ni..
Masa nak tdo smalam, tiba2 idea mula dtg...bukan pasal ular. Tp, pasal nak sambung tablet yg tak seberapa ni ke lcd projektor..klau tau caranya kan best..maklumlah, duniaku akan sentiasa memerlukan penggunaan ict ni...malas nak bawa laptop, sakit bahu nak mengangkat..bila ada yg kecil lg ringan ni, kan mudah kalau boleh pasang dgn lcd...konon la kan....masih lg mengGOOGLE ni...klau ada yg pernah cuba dan bjaya, kongsi2 lah.... ;)
Biarkan luahan hati ini terluah di sini... walau di ruang ini sentiasa sunyi... Biarkan bicara hati ini berbicara di sini... walau di ruang ini sentiasa membisu sepi..... Andai luahan dan bicara ini mampu mententeramkan hati ini, biar ia terus di sini....
"Akan kuatkah kaki yang melangkah, bila disapa duri yang menanti. Akan kaburkah mata yang menatap, pada debu yang pasti kan hinggap. Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" - Sesuci Sekeping Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan