Tiba2 terfikir utk kembali mengaktifkan blog yg telah lama sepi ini...lama ditinggalkan ruang bicara hati ini....mujur jari ini mengetik password yg betul...klau salah mgkin ruang ini akan terus sepi tanpa luahan hati...
Kesibukan antara penyebab ruang ini hilang tanpa bicara. Sibuk dgn dunia kerja yg penuh dgn pelbagai kerenah manusia, dari yg muda remaja hingga yg sdh berumur senja...(ayat tu, klau dibaca oleh mereka abis aku kena lg)... tapi sebenarnya kerja yg dilalui hampir 8 tahun ini sgt menyeronokkan....seronok ke?Ya itu yg pasti...sebabnya? Takkan pernah bosan melayan kerenah manusia remaja...setiap hari akan jumpa pelbagai kerenah dan bermacam situasi...yg tak pernah lekang dgn pelbagai idea semata2 utk memperoleh sedikit rasa kasih dan peduli...inilah dunia kerja ku....
Sebenarnya skrg pun tgh sibuk...tp cuba mencuri masa yg terhad ini...masih byk lagi yg perlu diselesaikan seminggu dua ini...tp hati ini kata, ketepikan dulu seketika...luang kan dulu seminit dua utk diri sendiri...masa yg diguna hanya utk peribadi....sbb masa yg lain itu pengisian jadualnya sgt padat dgn kerjaya...siang dan malam sama sahaja...
Kenyataan yg perlu diterima...kerjaya yg dilalui ini sgt2 memerlukan pengorbanan masa peribadi... percaya atau tidak aku sampai hari ini masih sendiri. Bukan saja pengorbanan masa peribadi yg dituntut kerjaya ini, tp hati juga perlu utk dikorbankan...terimalah hakikat, kerjaya ini bukan lagi kerjaya yg sama seperti dulu...
Bila ada rakan sekerja bertanya, sampai bila sendiri? Hanya satu jawapan, klau sudah sampai masanya..adalah tu...walaupun jawapan itu hanya sekadar penyedap hati sendiri...kesibukan ini kdg2 membuatkan aku terlupa akan perasaan itu lg...betul, itu lah kenyataannya... terasa sgt selesa begini, bebasnya hati tanpa memikir sebuah perhubungan yg belum tentu pasti...
Yang penting, aku seronok dgn kerjaya ini...tdk kisahlah walau aku masih sendiri....sbb masih ramai lagi yg menyayangi...cehhhh...(kena sayang la sgt...hihihi)
Apapun kerjaya kita, ikhlaskan lah hati...walau kdg2 mampu menggugat hati dan perasaan, terima dgn senang hati....
Biarkan luahan hati ini terluah di sini... walau di ruang ini sentiasa sunyi... Biarkan bicara hati ini berbicara di sini... walau di ruang ini sentiasa membisu sepi..... Andai luahan dan bicara ini mampu mententeramkan hati ini, biar ia terus di sini....
"Akan kuatkah kaki yang melangkah, bila disapa duri yang menanti. Akan kaburkah mata yang menatap, pada debu yang pasti kan hinggap. Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" - Sesuci Sekeping Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan